Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai
jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini
disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai
adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka
bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus
diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan.
Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang
dipertandingkan.
Guli
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.
PERMAINAN guli
ialah sejenis permainan menuju atau melon-tarkan guli dengan tepat mengenai
sasarannya. Ia biasanya di-mainkan oleh kanak-kanak yang berumur antara tujuh
dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Ia dimainkan di
kawasan lapang dan rata. Alat yang diperlukan ialah beberapa biji guli.
Pengenalan
Guli
adalah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat daripada kaca, tanah
liat atau akik. Kanak- kanak gemar bermain guli dan ia boleh digunakan
dalam sesetengah permaianan yang direka atau diajar oleh ahli keluarga
kanak- kanak seperti congkak. Ramai juga menyimpan guli sama ada untuk
nostalgia atau warna uniknya.
Jenis Permainan
Guli
merupakan permainan yang lama sejak kecil lagi. Permainan ini lazim
dimainkan oleh kanak-kanak. Kini, guli juga telah dipelbagaikan dengan
cara bermain yang berbeza.Contoh jenis permainan guli seperti baling
guli, congkak, dan sebagainya.
Pemula
dalam permainan ini ditentukan secara undian lidi sebagaimana yang
dilakukan bagi permainan Cina buta. Permainan ini boleh dimainkan dengan
dua cara, iaitu cara bulatan dan cara tuju.
Cara Bulatan
Pemain
melukiskan satu bulatan di atas tanah atau simen. Mereka kemudiannya
berdiri di saw garisan yang jaraknya kira-kira tiga depa dari bulatan .
Pemain pertama melontarkan guli yang disebut `ibu' ke arah guli di dalam
bulatan. Guli yang terkeluar daripada bulatan menjadi miliknya.
Cara Tuju
Pemain
mengaturkan guli yang dipertaruhkan dalam satu barisan. Guli yang di
sebelah kanan sekali disebut ibu dan yang di sebelah kiri sekali disebut
ekor. Mereka kemudiannya berdiri di satu garisan yang jaraknya enam
depa dari barisan guli itu . Pemain pertama melontarkan guli ke arah
barisan guli tadi. Guli yang terkeluar daripada garisan menjadi
miliknya. Ada beberapa peraturan dalam permainan ini. Pertama, lon-taran
ibu guli yang terkena garisan, dalam cara bulatan, dikira batal dan
pemain dikehendaki melontar sekali lagi. Kedua, sekiranya pemain berjaya
mengeluarkan ibu, dalam cara tuju, semua guli dalam barisan itu akan
menjadi miliknya. Ketiga, sekiranya ibu guli pemain terkena lontaran
pemain lain, permainan pemilik ibu guli itu dikira `mati: dan dia tidak
boleh beimain lagi. Setelah selesai giliran semua pemain, mereka akan
mengambil kembali ibu guli dan bermain semula untuk pusingan seterusnya
sehingga semua guli telah dikeluarkan daripada garisan atau bu-latan.
Mata dikira daripada jumlah guli yang dapat dikumpulkan. Pemain yang
dapat mengumpulkan paling banyak guli di akhir permainan dikira menang.
No comments:
Post a Comment